Tuesday, 24 February 2015

TIPS MENJAGA IKHTILAT DI DALAM TANZIM

 
Antara tips-tips menjaga ikhtilat:
  • Mesyuarat berkumpulan dalam keadaan tertutup. Jarangkan mesyuarat antara lelaki dan wanita di tempat terbuka kerana akan mengundang fitnah mata yang memandang.
  • Jaga akhlak sepanjang berlakunya mesyuarat.
  • Menguasai adab-adab mesyuarat.
  • Minimumkan program-program yang melibatkan lelaki dan wanita secara bersama.
  • Berurusanlah sekadarnya hanya bila perkara-perkara yang melibatkan tanzim bukan peribadi.
  • Fatwa hati akan mengetahui keadaan sekeliling. Jika sudah mula rasa tidak selesa maka selesaikanlah segera urusan yang dibuat.
  • Amat tidak digalakkan lelaki & wanita berurusan berdua. Selalunya Ketua Biro dan Penolong Biro. Jika urusannya darurat pastikan di kawasan terbuka. Yang wanita disarankan membawa kawan.

Di era IT ini juga menyaksikan satu lagi inovasi minda yang tercapai. Bagi tanzim yang adakan 'meeting online' sama ada di facebook atau di laman sesawang mana pun cuba pastikan ianya berlaku dalam keadaan private. Tidak terdedah kepada umum. Dan jangan salah sangka. Sudah pasti ikhtilat didalam dunia maya juga perlu dijaga dengan sebaiknya. Jangan saat bersemuka, sopan santun orangnya. Namun bila mula berurusan didalam facebook, twitter dan sebagainya maka bermulalah galaknya.


Saya amat tidak setuju apabila adanya urusan yang perlu dibincangkan antara lelaki & wanita maka harus saling tidak memandang satu sama lain. Tertunduk-tunduk. Tutur katanya terlalu over dijaga hingga kadang-kadang suaranya tidak kedengaran. Itu bukanlah sifat malu yang dimaksudkan. 

Teladanilah Rasulullah S.A.W. Akhlaknya sempurna dan terpuji untuk diikuti. Baginda amat meraikan setiap umatnya sama ada dari kalangan lelaki dan wanita. Saat berurusan walaupun dengan wanita, Baginda amat menjaga etika ketika bercakap dengan orang dihadapannya dengan memandang wajahnya. Tidak tertunduk-tunduk. Para sahabiyat pada zaman itu pun bila berkata akan menghasilkan suara yang lantang dan jelas didengari. Tidak sayup-sayup kedenganran seperti kebanyakan Muslimah hari ini. Generasi Rasulullah S.A.W lah generasi terbaik untuk diikuti. Buat lelaki sudah pasti saat berurusan dengan wanita dinasihatkan agar menjaga pandangan mata. Hormatilah setiap wanita dihadapanmu.

Dalam kita berikhtilat. Bukan sahaja perlu menjaga mata insan sekeliling agar tidak tertimbulnya fitnah buat diri kita apatah lagi kepada tanzim. Jagalah maruah diri dan nama baik tanzim.

"Janganlah engkau mencampakkan diri sendiri kedalam ruang fitnah." (Saidina Umar Al Khattab) 

Dan yang paling penting sekali biarlah ikhtilat itu mendapat ganjaran disisi Allah S.W.T. Bukan murka Allah.

Wallahu Waliyyut Taufiq

BAHANA TIDAK CAKNA DENGAN IKHTILAT

 
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam masyarakat barat yang rata-rata mengamalkan pergaulan bebas. Sungguhpun dari aspek kebendaan mereka agak terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan akhlak mereka jauh ketinggalan di belakang. Antara kesan buruk daripada pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan ialah:

1) Keruntuhan akhlak salah seorang Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di negaranya telah rosak, tenggelam dalam kerosakan. Di antara tujuh orang pemuda yang ingin menyertai tentera, terdapat enam orang yang tidak layak disebabkan mereka leka dalam keseronokan seks.

2) Tersebarnya anak luar nikah menurut statistik yang telah dibuat di New York pada tahun 1983, lebih daripada satu pertiga bayi yang lahir pada tahun tersebut adalah anak luar nikah. Kebanyakannya dilahirkan oleh pemudi yang berumur sekitar sembilan belas tahun dan ke bawah. Bilangannya secara tepat ialah 112,353 orang bayi iaitu 37% daripada bilangan bayi yang lain di New York.


3) Ramai pemuda pemudi yang tidak berkahwin. Perkara ini berlaku kerana pergaulan yang bebas akan mewujudkan cara mudah untuk melempiaskan nafsu syahwat. Justeru, para pemuda akan memilih cara mudah ini daripada berkahwin. Statistik yang dilakukan di San Francisco menunjukkan bahawa majoriti penduduk di situ terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada tahun 1982. Ini merupakan kali pertama perkara seumpama ini berlaku di bandar itu.

4) Berlakunya banyak perceraian dan keruntuhan rumahtangga. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian di Amerika Syarikat dan negara-negara barat lain dari tahun ke tahun.

 5) Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut. Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS.



Mula-mula duduk rapat,lepas duduk rapat,
kemudian lawan peluk erat-erat,bila dah peluk erat-erat,
akhirnya nafas naik tersekat-sekat
apabila nafas dah naik tersekat-sekat,
usah dipeduli Allah dan malaikat,
bila usah dipeduli Allah dan malaikat,
usah dipeduli agama dan adat,bila tidak dipeduli agama dan adat,
yang penting lepas ni apa kita nak buat kita buat,lepas mereka buat,
perut yang kempis jadi bulat
,bila perut dah membulat, maka sudah terlambat.

IKHTILAT YANG DIBENARKAN OLEH ISLAM



Assalammualaikum..' IKHTILAT' . Perkataan ini mungkin sudah banyak didengari atau diketahui oleh ramai pihak umum.Tetapi masih ramai belum mengerti erti sebenarnya ikhtilat itu sendiri dan bagaimana ia harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.Jesteru itu ramai atau banyak pihak telah salah mengartikan tentang maksud ikhtilat yang sebenar.Oleh yang sedemikian,,post ini akan serba sedikit menceritakan tentang IKHTILAT yang dibenarkan dalam Islam.


Pertama 

Dibenarkan pergaulan untuk tujuan bermuamalah

         Pertama sekali ialah bibenarkan pergaulan untuk tujuan bermuamalah. Ramai yang menyalah anggap dengan menjaga ikhtilat , kita tidak dibenarkan bergaul dengan berlainan jantina tetapi sebenarnya pergaulan boleh dibenarkan sekiranya buat tujuan bermuamalah.Tidak salah utuk bergaul sekiranya tujuannya adalah untuk bermuamalah tetapi sekiranya bermuamalah sedangkan sebenar niatnya hanyalah sekadar untuk mengambil kesempatan maka jadinya tidak boleh.


KEDUA


Dibolehkan pergaulan semasa menuntut ilmu dan perniagaan

Manusia dituntut untuk pempelajari ilmu pengetahuan dan perniagaan.Jesteru itu, pergaulan antara lelaki perempaun dibolehkan tetapi haruslah menjaga jarak  dan cara percakapan serta syarat-syarat  yang tertentu agar tidak timbul salah sangka dari pihak yang lain.


KETIGA

Pergaulan semasa melayan tetamu dan adat meminang serta banyak lagi pergaulan yang dibenarkan oleh Islam. Maka saya simpulkan sedikit kefahaman kecil di sini tentang Ikhtilat bahawa, Islam mengajar umatnya berinteraksi, bergaul dan bermuamalat dan melarang sesetengah perkara dalam berikhtilat.

Justeru itu,

Ada ikhtilat yang dibenarkan (ikhtilat yang syarie) dan,

Ada juga Ikhtilat yang dilarang (Ikhtilat ditegah atau Haram/ikhtilat tidak syarie).

Pendek kata, jika disebut dalam bahasa yang mudah-mudah dan disusun kepada bahasa yang lebih senang difahami, bahawa Ikhtilat merupakan ‘etika pergaulan’ yang amat cantik dalam ISLAM.



































Thursday, 19 February 2015

APA ITU IKHTILAT?




Apa itu ikhtilat?

Ikhtilat dari segi bahasa bermaksud meramukan, menggaulkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.


Ikhtilat dari segi syariat ialah percampuran wanita dengan lelaki pada satiu masa dan tempat sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian dan menyebabkan mereka berpandangan dan berkomunikasi.

Thursday, 12 February 2015

Ahlan wa sahlan





Ahlan wa sahlan to our simple blog yet full with information. First of all, this blog has been created by us to share with all the readers some information about Islam and perhaps we could share some of our life experiences and etc through our entries. Till then, enjoy your reading :)